Taman Rusa

Ternakan Rusa Di Pedu
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mula melaksanakan projek ternakan rusa di Empangan Pedu pada tahun 1994 di kawasan seluas 2.6 ha. Daripada kawasan ini juga disediakan sebanyak 10 “paddock” untuk kawasan tanaman rumput. Rusa-rusa yang dipelihara ini akan dibiarkan meragut rumput-rumput yang ditanam mengikut giliran ‘paddock’ disamping memberi makanan tambahan berbentuk “pellet”.

16

Rusa tergolong dalam keluarga Cervidae dan boleh ditemui hampir di mana sahaja di seluruh dunia – Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, serta sebahagian besar Asia.

Terdapat dua objektif utama projek ini, iaitu menjadikan kawasan di Pedu ini sebagai tambahan untuk daya tarikan pelawat dan pelancong di samping tarikan lain yang ada dan sebagai tempat untuk pembelajaran, penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada pelajar-pelajar.
Bilangan rusa di Empangan Pedu 134 ekor rusa (43 ekor jantan dan 91 ekor betina), Muda Resort 25 ekor rusa, (9 ekor jantan dan 16 ekor betina), Ibu Pejabat MADA 7 ekor rusa, (1 ekor jantan dan 6 ekor betina), Dark house’ rusa di Empangan Pedu dan Penjualan rusa hidup dan daging rusa

Jenis-Jenis Rusa
Pada permulaannya projek ini sebanyak 10 ekor rusa jenis Cervus timorensis telah dimasukkan ke kawasan ini. Rusa ini diambil daripada Pusat Ternakan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Behrang Ulu, Perak. Kemudian pada tahun 1997 sebanyak 4 ekor rusa jenis rusa sika (Cervus nippon) telah dibeli daripada perladangan haiwan swasta di Gunung Jerai dan seterusnya pada penghujung tahun 2001 pula seekor rusa jenis sambar (cervus unicolor) di beli daripada Zoo Melaka.

17

Daripada catatan rujukan didapati terdapat 40 keluarga rusa yang diketahui sehingga sekarang termasuk jumlah bilangan sub spesisnya. Antara jenis-jenis rusa yang diternak terdiri daripada spesis Red Deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow Deer (Dama-dama), rusa sika (Cervus nippon), rusa chital (Axis-axis) dan yang biasa dan diternak secara meluas ialah rusa timor (Cervus timorensis). Di Malaysia terdapat juga rusa yang liar yang dikenali sebagai rusa sambar (cervus unicolor) dan dilindungi kerana populasinya yang semakin berkurangan.

Penyediaan Kawasan

Pages: 1 2 3