d
c

Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Ali berkesempatan turun padang memantau perkembangan Projek Estet Padi bertempat di Kampung Asam Jawa yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan F-III Pendang. Pihak pengurusan MADA diberi pendedahan tentang perkembangan semasa berkaitan Projek Estet Padi Asam Jawa.

Turut berlangsung aktiviti penanaman padi wangi (MRQ 76) pada musim 1/2019 meliputi tapak seluas 14 hektar. MADA menyasarkan pengeluaran sebanyak 40 tan bagi Beras Padi Wangi ini bersamaan 2022 beg yang untuk dijadikan benih berdaftar bagi musim penanam padi akan datang.

MADA akan berusaha membantu petani di Kawasan Muda untuk meluaskan sawah mereka. Perancangan ini perlu dibantu oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seperti menyediakan perkhidmatan menyewa dan memajak bendang kepada peladang untuk mengusahakan kawasan yang luas supaya kos pengeluaran dapat dikurangkan lalu meningkatkan hasil serta menambah pendapatan kepada sesiapa sahaja yang mengusahanya.

Justeru itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mendapat serta memperoleh keuntungan dan memberi pulangan balik kepada ahli-ahli PPK dalam bentuk dividen.