d
c

Program Kayuhan Sayangi Malaysiaku 2.0 sempena Sambutan Hari Malaysia ke 56 berjaya mencapai matlamat penganjurannya dan sambutan amat menggalakkan.Pelepasan 120 orang para peserta terdiri dari ahli kelab pasukan berbasikal MADA dan beberapa kelab basikal yang lain di seluruh utara disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Tuan Syed Zanuddin Syed Zain diiringi Pengarah Khidmat Pengurusan, Encik Zulkifli Romli di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Pengurus Besar MADA, Dato’ Fouzi Ali hadir bg merasmikan program tersebut di Konkos Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Beliau berkata, program anjuran Kelab MADA diadakan bagi merapatkan hubungan bersama orang awam sambil beribadah dalam pada masa yang sama memeriahkan sambutan menjelang Hari Malaysia.

Para peserta dengan diiringi pihak polis dilepaskan kira-kira pukul 7.45 pagi melalui perjalanan sejauh 40 kilometer sambil mengelilingi permandangan kawasan sawah padi di Kawasan Muda.