Sebanyak 8 kumpulan terdiri dari setiap bahagian dibawah pengurusan MADA telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Peringkat MADA 2019 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar.

Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingkan bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) peringkat MADA pada tahun ini. Kategori Penambahbaikan Terbaik dimenangi oleh Clean Hunter dari Bahagian Khidmat Pengurusan. Sementara itu, bagi Kategori Penciptaan Terbaik dan Kategori Pameran Terbaik masing-masing dimenangi oleh SG Synergy dari Bahagian Pengurusan Wilayah dan MY Raga dari Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi.

Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.