d
c

Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-9 Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani 2019 telah berlangsung dengan gilang gemilang dengan perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bertempat di MAEPS Serdang.

Seramai 50 graduan dibawah MADA Rice Training Center (MRTC) telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Pengeluaran Padi yang disampaikan oleh Dr. Zunika binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar MOA.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang pakar dan berkemahiran di dalam bidang penghasilan makanan negara supaya ianya dapat memberikan kesan positif kepada ekonomi negara.