d
c

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda telah menerima lawatan kerja oleh Yang Berbahagia Dato’ Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha MOA dimana beliau telah diberikan taklimat oleh Pihak Pengurusan Kanan MADA berkenaan perkembangan semasa MADA.

Pada sesi awal lawatan, beliau telah diberikan taklimat berkaitan halatuju Industri Padi di Kawasan Muda. Beliau juga turut berkesempatan melawat Kilang Benih Padi dibawah seliaan MADACorp bertempat di Megat Dewa, dan kemudiannya beliau meneruskan lawatan ke Kilang Benih Padi Pertama Padi Sdn Bhd, Tajar dan diakhir lawatan beliau dibawa ke Kilang Padi Seri Merbok Simpang Empat, Alor Setar.