d
c

Mesyuarat Lembaga Pengarah MADA Bil 3/2019 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi MADA yang turut dihadiri oleh semua Ahli – Ahli Lembaga Pengarah MADA bertempat di Bilik Langkasuka, Ibu Pejabat MADA.

Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Apresiasi Ahli Lembaga Pengarah MADA yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka iaitu Y.Bhg Dato’ Ahmad Bin Ishak, Mantan Ketua Pengarah FAMA dan Encik Abdul Halim Bin Md Akib, Pengarah Agrobank Wilayah Pulau Pinang/Kedah/Perlis.

YAB Pengerusi MADA berkata beliau amat menghargai akan sumbangan dan kecemerlangan Ahli – Ahli Lembaga Pengarah MADA yang komited dalam melakari serta menelusuri kecemerlangan perkhidmatan demi kejayaan agama, organisasi, bangsa dan negara.