Program Lawatan Kerja YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani ke PPK MADA H-II Kepala Batas, Kampung Padang Lalang Jerlun, Kampung Sematang Kerpan, Kampung Jarak, Wang Bintong dan Jejawi Perlis. Program lawatan kerja ini adalah bagi meninjau kesan musim kemarau yang telah melanda negeri Kedah dan Perlis.


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah membuat persiapan awal dengan bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk melakukan pembenihan awan bagi menghadapi musim kemarau. Walau bagaimanapun, semua bergantung kepada faktor awan dan cuaca.


YB. Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani turut menyatakan bahawa paras takungan air Empangan Pedu berada dalam keadaan genting. Ulas beliau dalam sidang media petang tadi sempena Program Lawatan Kerja bagi meninjau kesan musim kemarau yang telah melanda negeri Kedah dan Perlis.