MADA telah menerima kunjungan lawatan kerja Yang Berhormat Menteri Pertanian & Industri Makanan ke Ibu Pejabat MADA bersama-sama dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I & II, TKSU Dasar & Pembangunan, Exco Pertanian Negeri Kedah dan Pengerusi MADA yang baharu.

Lawatan kerja ini telah dimulakan dengan majlis taklimat oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar MADA kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Menteri Pertanian & Industri Makanan serta dif-dif kehormat.

Majlis ini kemudian diteruskan dengan acara pelancaran Logo Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan MADA yang turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai & Kepimpinan Peladang-Peladang di kawasan MADA. Disebelah petangnya pula, YB Menteri Pertanian & Industri Makanan dibawa ke Bukit Mok Cun, Kodiang bagi sesi pengambaran video Perutusan Khas 50 Tahun MADA.