[Back]

Program ‘Resurfacing Humans In MADA Through Embracing Human Governance’


Program ‘Resurfacing Humans In MADA Through Embracing Human Governance’ beri motivasi kepada Pegawai MADA

image_gallery (9)Program Resurfacing Humans In MADA Through Embracing Human Governance telah diadakan selama tiga hari bermula pada 19 sehingga 21 September 2013 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 35 peserta dan 19 pegawai profesional MADA menyertai program ini yang diusahakan oleh Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Serdang dan diketuai oleh Dr Saiful Amin Jalun.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada peserta yang program ini antaranya ialah pembentangan kumpulan, explorace dan jungle tracking.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menanam nilai-nilai murni kepada pegawai MADA dalam melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi dan cekap.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan silaturahim dan memberi motivasi kerja kumpulan kepada semua pegawai yang akan mendokong dalam pengurusan PPK.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Mohd Hashim bin Abdullah dan turut hadir sama ialah Pengurus Besar MADA, Dato` Haji Abdul Rahim bin Saleh dan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MADA, Tuan Haji Md. Zuki bin Ismail.

     image_gallery (10) image_gallery (11) image_gallery (12) image_gallery (13)