Muda
Resort
Kemudahan Yang Disediakan
 Muda
Resort merupakan hak milik penuh MADA yang terletak 75 km dari Bandaraya
Alor Star. Ia dibina di dalam kawasan seluas 80 ekar yang dikelilingi
oleh kehijauan hutan dan pokok buah-buahan. Jaraknya dari Empangan
Muda ialah 2 km.
Sebelum kewujudan Muda Resort, kawasan ini merupakan Pejabat Jurutera Ampangan Muda dan Pusat Latihan MADA. Bangunan-bangunan yang sedia ada merupakan peninggalan pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Ampangan Muda. Kebanyakan bangunan yang ada telah usang dan uzur. Memandangkan kerangka bangunan masih kukuh dan unik, timbul idea supaya bangunan berkenaan diubahsuai untuk dijadikan resort. Kerja-kerja pembinaan dibuat secara berperingkat-peringkat. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok hiasan dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.
Setelah beroperasi dan mencapai kejayaan, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia telah memberi peruntukan membina kompleks bangunan mengandungi Dewan Besar, Surau, Cafeteria, Bilik urusetia dan pejabat serta 2 buah dormitori. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ialah Mini Market, Sudut Selera, Pusat Penerangan, Taman Burung dan Taman Rusa.
Dengan wujudnya Muda Resort telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping membantu secara tidak langsung pihak berkuasa kerajaan negeri mempromosikan kawasan pendalaman Negeri Kedah sebagai pusat tarikan pelancong. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu dan musim buah-buahan.
Kemudahan Penginapan
|
|
|
| Jenis
Bilik |
Bilangan
Bilik / Kebilangan Bilik / Katil |
Kadar
Sewa Sehari |
| Rumah
Rehat (2 katil bujang) |
14
Bilik (berhawa dingin) |
RM
60.00 sebilik |
| Chalet
(2 katil bujang) |
8
Bilik (berhawa dingin) |
RM
70.00 sebilik |
| Dormitori
(50 katil / seorang) |
50
Katil
(tempahan minima: 25 katil) |
RM
10.00 sekatil / Seorang
1/2 harga untuk pelajar |
Kemudahan Dewan (Berhawa Dingin)
|
| Jenis
Dewan |
Bilangan
Peserta |
Kadar
Sewa Sehari |
| Dewan
Konferen
(Termasuk Bilik Pensyarah & Urusetia / Peralatan APD
Disediakan Percuma) |
200
Peserta |
RM
200.00 |
| Dewan
Mesyuarat |
40
Peserta |
RM
50.00 |
Kemudahan Makan
Boleh diuruskan dengan pembekal tempatan yang disediakan.
  
Kemudahan Lain Yang Disediakan Percuma
Kolam renang, gelangang tenis, taman permainan,
surau.
  
Kembara
Latihan bercorak kembara dalam hutan atau ekspedisi dalam Tasik
MUDA boleh diatur dengan Pusat Latihan MADA. Kadar berpatutan akan
dikenakan berdasarkan bentuk latihan yanar berpatutan akan dikenakan
berdasarkan bentuk latihan yang dipilih.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Alamat:
Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
05900 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel: 04 - 7728255
Fax: 04 - 7722667
|