Aktiviti MADA

Festival Padi Kedah 2007

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri telah menganjurkan Festival Padi 2007 yang telah berlangsung di Perkarangan Muzium Padi, Jalan Gunung, Alor Star.

Festival yang berlangsung dari 23 hingga 26 Mac 2007 telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 24 Mac 2007 adalah antara lain bertujuan seperti berikut :

1. Sempena Menyambut Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-79.
2. Sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2007 ke Negeri Kedah.
3. Mempromosikan Muzium Padi untuk tarikan rakyat tempatan dan pelancong luar negara secara berterusan.

MADA telah terlibat dalam penganjuran ini dengan menyertai aktiviti pameran dan demonstrasi. Antara lain aktiviti yang diadakan ialah :

• Sukan rakyat / tradisional.
• Pameran dan gerai jualan
• Demonstrasi khas penggunaan kerbau dan peralatan persawahan
• Hiburan dan kesenian tempatan; dan
• Penyertaan pelancong luar negara.

 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.