Aktiviti MADA

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2007
Kali ke-18 : 22-27Oktober 2007



Alor Star, 22 Oktober – Bermula pada 22 hingga 27 Oktober 2007, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2007 telah diadakan dengan meriahnya bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kedah 2007 ( HPPNKedah) kali ini membawa tema “Pertanian Adalah Perniagaan”. Perlaksanaan HPPNKedah merupakan usaha murni Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sebagai penghargaan kepada peladang, penternak dan nelayan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang bertindak sebagai penganjur dan urusetia untuk sambutan kali ini. Selain itu, ia turut melibatkan pelbagai jabatan/agensi lain seperti MADA, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI, FAMA dan pihak swasta.

Sambutan HPPNKedah ini diharap dapat memberikan pendedahan secara lansung kepada rakyat khususnya peladang-peladang berkaitan pertanian moden serta peluang pemasaran. Selain itu, ia secara tidak langsung dapat menggalakkkan pertumbuhan ekonomi khusus kepada sektor perhotelan penginapan, perniagaan makanan serta peniaga-peniaga kecil.
Majlis perasmian HPPNKedah ini dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid dan beliau turut menyampaikan hadiah untuk 14 kategori yang telah dipertandingkan.

1. Pertubuhan Peladang Jaya - PPK Sri Pantai
2. Peladang Jaya Lelaki - Hamid @ Abd. Hamid B. Ismail
3. Peladang Jaya Wanita - Hjh. Wan Nu Bt. Abd Kadir
4. Unit Peladang Jaya - Unit 12 Pertubuhan Kawasan Kampong Landak Kupang
5. Pekebun Kecil Jaya - Zakaria B. Ahmad
6. Peladang Muda Jaya - Safirul Anuar B. Husain
7. Persatuan Nelayan Kawasan Jaya - Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi
8. Nelayan Jaya - Shaarif Shatit B. Abdullah
9. KUNITA Jaya - KUNITA Pulau Tuba
10. Pasar Tani Jaya - Pasar Tani Bangunan Serbaneka
11. Usahawan Pasar Tani Jaya - Johari B Ahmad
12. Penternak Jaya - Siti Aminah Bt Saad
13. Penternak Ternakair Berjaya - Wan Zawawi B. Wan Hassan
14. Kelompok Jaya - Kampong Matang Ringan

Bersempena dengan HPPNKedah ini juga, MADA telah menerima anugerah Malaysia Best untuk mempelam Tobiar Gold daripada FAMA yang disampaikan oleh Y.A.B Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid kepada Dato’ Pengurus Besar MADA.

Antara acara-acara yang mewarnai HPPNKedah kali ini ialah:
• Treasure Hunt
• Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kedah
• Perasmian HPPNKedah oleh Y.A.B Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid, Menteri Besar Kedah Darul Aman
• Lawatan daripada KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah Kedah ke tapak ekspo HPPNKedah
• Pertandingan Kuiz di gerai pameran MADA
• Aktiviti jualan

 

 
 
         
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.