Aktiviti MADA
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan
2007
Bermula
pada 25 Ogos 2007 hingga 2 September 2007, Hari Peladang, Penternak
dan Nelayan Kebangsaan 2007 diadakan dengan meriahnya bertempat
di Pantai Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Iman. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2007 (HPPNK)
kali ini adalah usaha murni Kementerian Pertanian & Industri
Asas Tani bersama Kerajaan Negeri Terengganu. Ini disertai oleh
jabatan/agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas
Tani dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Bermula dengan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan di
Primula Beach Resort, Kuala Terengganu pada 25-26 Ogos 2007, ianya
melibatkan peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara
termasuk Sabah dan Sarawak. Sebanyak lima (5) kertas kerja dibentangkan.
Upacara penutup Konvensyen HPPNK ini dirasmikan oleh Y.B Menteri
Pertanian & Industri Asas Tani, Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin
Haji Mohd Yassin.
Perasmian HPPNK dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Haji Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dihadiri oleh
Y.A.B Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Menteri Besar Terengganu
dan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Tan Sri Dato'
Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin.
Antara program-program yang dijalankan sepanjang HPPNK ialah
pameran dan jualan, pertandingan hasil pertanian, pameran dan
jualan flora, pameran haiwan ternakan, pameran ikan hiasan. Selain
itu, pada 1 September 2007 diadakan Larian Tani HPPNK 2007 (di
Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu) dan Pertandingan Memancing
Peladang, Penternak dan Nelayan (di pesisir Pantai Batu Burok).
|