Aktiviti MADA

Hari Keluarga MADA 2007


Ampang Jajar – Sebelum menutup tirai tahun gemilang 2007, MADA telah menganjurkan Hari Keluarga MADA 2007 bagi meraikan anggota MADA serta keluarga. Program yang telah diadakan disekitar Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar pada 30 Disember 2007 yang lalu merupakan program terakhir yang menghimpunkan seluruh anggota MADA daripada pelbagai bahagian dan peringkat pada tahun 2007 sebelum menantikan kemunculan tahun 2008.

Penganjuran Hari Keluarga MADA adalah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim dikalangan anggota MADA dan keluarga daripada pelbagai peringkat dan bahagian. Selain itu, program ini juga medan untuk anggota MADA bersantai bersama dengan rakan sekerja serta keluarga dan melepaskan lelah setelah berhempas-pulas menjayakan agenda MADA sepanjang 2007.

Pelbagai acara telah disusun oleh pihak penganjur bagi memastikan HAri Keluarga MADA berlangsung dengan ceria dan harmoni. Berikut adalah acara-acara yang dipertandingkan pada Hari Keluarga MADA 2007.

• Merentas desa
• Memancing
• Orienteering
• Tarik tali
• Sukaneka
• Pertandingan mewarna
• Gubahan bungan dan lipatan
• Karoeke kanak-kanak
• Gusti lengan.

Acara telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan merentas desa menjadi acara sulung yang dipertandingkan di Hari Keluarga MADA 2007 ini. Namun begitu acara memancing,gusti lengan dan tarik tali telah mendapat sambutan hangat daripada semua anggota yang hadir. Pada tengahari semua yang hadir telah dijamu dengan hidangan makan tengahari dan kemudian acara Hari Keluarga MADA 2007 diakhiri dengan acara cabutan bertuah sebelum para anggota balik ke pejabat masing-masing.

Secara kolektifnya program Hari Keluarga MADA 2007 ini telah mencapai sasaran dan objektif penganjurannya. Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada para anggota untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang dan bersungguh pada tahun 2008 bagi menjayakan misi dan visi MADA.

 
 
         
 
         
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.