Aktiviti MADA
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2007 / 1428H
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA
Putrajaya,
25 Oktober – Pada 25 Oktober 2007 yang lalu bersamaan
13 Syawal 1428H, suatu Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan
di perkarangan Wisma Tani, Kementerian Pertanian &Industri
Asas Tani, Putrajaya. Majlis yang diserikan oleh Y.B Tan Sri Muhyiddin
bin Yasin, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Ketua Pengarah
dan Pengurus Besar ini turut disertai oleh rakan-rakan daripada
pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani.
Jabatan dan agensi turut membawa juadah istimewa dan diberikan
stall oleh pihak penganjur untuk menghidang juadah yang dibawa.
MADA turut tidak terkecuali untuk turut sama memeriahkan Jamuan
Hari Raya Kementerian dengan membawa hidangan Laksa Utara (Laksa
Kedah dan Laksa Perlis) yang didatangkan khas daripada Telok Kechai.
Antara juadah lain yang disediakan ialah nasi Dagang, nasi Briyani
Gam Johor, otak-otak, sata, kambing dan rusa barbeque,kupang,
buah-buahan,ketupat dan lemang, satay dan kuih-muih.
Untuk memeriahkan suasana jamuan, MADA turut membawa seramai 50
orang kakitangan pelbagai peringkat untuk bersama-sama rakan-rakan
daripada jabatan/agensi lain.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran khas Menteri Besar
Kedah, YAB Dato’ Seri Mahdzir b. Khalid dan Exco Pertanian
dan Industri Asas Tani Dato’ Dr. Shuib Saedin.
|