Aktiviti MADA

Hari Kebangsaan 2007

Bertemakan Malaysiaku Gemilang, Negara kita Malaysia telah menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50 pada tahun ini. MADA turut tidak terkecuali dalam merakamkan detik-detik bersejarah itu dengan mengikuti program-program kemerdekaan. Pada tanggal 31 Ogos lalu, kontijen MADA turut serta dalam Acara Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Kebangsaan bertempat di Dataran Merdeka. Konsep acara perbarisan pada tahun ini telah disusun untuk menonjolkan pembangunan Negara sejak mencapai kemerdekaan hingga sekarang. Acara perbarisan ini disusun dalam enam komponen seperti berikut :

 
   i.     Komponen Tema Era Kemerdekaan
   ii.    Komponen Tema Era Pembangunan.
   iii.   Komponen Tema Era Perpaduan.
   iv.   Komponen Tema Era Pemodenan.
   v.    Komponen Tema Era Kecemerlangan.
   vi.   Komponen Keselamatan & Ketenteraman Awam.

MADA di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani diletakkan di bawah Komponen Tema Era Pembangunan iaitu di era YAB Tun Abdul Razak Hussein (22 September 1970 - 13 Januari 1976). Corak pengisian yang dibawa oleh Kontijen Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ialah peneraju pelaksanaan dan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB).

 
 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.