Aktiviti MADA

Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus Peringkat MADA 11 Mac - 3 April 2008


Bermula pada 11 Mac 2008 yang lalu, Bahagian Industri Padi di bawah Seksyen Perlindungan Tanaman telah mengambil inisiatif murni dengan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus Peringkat MADA yang diadakan di setiap wilayah. Program ini diadakan sebagai salah satu kempen mengawal populasi tikus sawah yang merupakan salah satu punca perosak tanaman padi di dalam Kawasan Muda selain daripada meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peladang mengenai tikus.

Sepanjang kempen berlangsung, beberapa program yang dirangka seperti taklimat, demonstrasi kawalan dengan syarikat swasta, pengagihan racun tikus, pameran dan pengedaran banner dan risalah kepada peladang-peladang ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program seumpama ini ternyata memberikan impak yang cukup baik kepada semua peladang disamping merapatkan hubungan di antara anggota MADA dan peladang-peladang. Usaha-usaha murni sebegini diharap dapat membantu MADA dalam meningkatkan sumbangan hasil padi kepada negara.


 
 
         
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.