Aktiviti MADA
Lawatan kerja Pembantu Tadbir Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu ke Ibu Pejabat MADA
Selaras
dengan saranan kerajaan untuk meningkatkan mutu pengurusan dalam
sistem pentadbirannya, satu lawatan kerja yang disertai seramai
24 pembantu tadbir telah dilakukan oleh anggota Lembaga Kemajuan
Pertanian Kemubu (KADA) ke Ibu Pejabat MADA di Ampang Jajar, Alor
Star pada hari Ahad 16 Julai 2006 yang lalu.
Lawatan kerja yang bermula pada jam 9.00 pagi ini bertujuan untuk
melihat pelaksanaan ‘Generic Office Environment –
Electronic Government Document Management System (GOE - EGDMS)’
di MADA. GOE-EGDMS ini merupakan satu sistem aplikasi berasaskan
web yang dapat membantu pengguna untuk menguruskan dokumen dengan
lebih efektif dan efisien.
Para peserta telah diberikan taklimat ringkas penggunaan GOE
oleh Pegawai Sistem Maklumat Kanan MADA. Sesi soal jawab telah
diadakan sejurus selesai taklimat tersebut. Selain itu, para peserta
juga telah dibawa melawat ke bahagian pentadibran dan pertanian
untuk mengikuti demo sistem secara ‘live’.
Lawatan kerja ini berakhir pada pukul 2.00 petang.
|