Aktiviti MADA
Lawatan Timbalan Menteri Pertanian
Y.B. Datuk Mah Siew Keong ke MADA
Y.B. Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani telah mengadakan lawatan kerja sehari ke
Ibu Pejabat MADA pada 24 Ogos 2006.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat oleh Y. Bgh.
Dato' Hj. Abdul Rahim Bin Saleh, Pengurus Besar MADA mengenai
perkembangan mutakhir MADA.
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani juga mengambil
kesempatan untuk berdialog dengan Dato' Pengurus Besar dan pegawai-pegawai
kanan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh MADA
dan juga masalah dihadapi oleh petani-petani di kawasan Muda.
Beliau berpuas hati dengan hasil lawatan tersebut dan berharap
pihak MADA akan mencapai hasrat untuk meningkatkan hasil 10 tan
sehektar.
|