Aktiviti MADA
Lawatan YB Menteri Pertanian & Industri
Asas Tani Malaysia, Dato’ Mustapa Mohamed
Ke MADA
Pada
tanggal 13 April 2008 (Ahad) yang lalu, YB Menteri Pertanian &
Industri Asas Tani Malaysia yang baru dilantik bagi menggantikan
Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengadakan suatu lawatan rasmi ke
MADA dalam rangka lawatannya ke semua jabatan/agensi yang berpayung
di bawah MoA.
Dalam lawatan seharinya ke MADA, beliau telah diberikan taklimat
ringkas mengenai MADA di Ibu Pejabat MADA mengenai struktur organisasi
MADA, latar belakang MADA dan juga projek-projek infrastuktur,
padi dan bukan padi MADA. Lawatan beliau kemudian diteruskan ke
projek Estet Padi Kampong Jelai di mana beliau diberi penerangan
ringkas di tapak mengenai projek tersebut diikuti jamuan makan
tengahari bersama peladang-peladang di perkarangan Masjid Kampong
Jelai.
Selesai menunaikan solat Zohor berjemaah, lawatan beliau diteruskan
ke Stesen Pam Gunasemula Air Saliran PN 19,PS4 PS5 di berhampiran
Pekan Tanah Merah. Lawatan beliau diteruskan dengan lawatan ke
ladang Mempelam MoA Inc. Tobiar di mana beliau sekali lagi diberi
taklimat ringkas mengenai latar belakang projek mempelam yang
merupakan tanaman ke dua terpenting selepas padi. Beliau kemudiannya
dibawa melihat sekitar ladang mempelam dan dibawa untuk menikmati
panorama ladang mempelam di Menara Tinjau.
Lawatan beliau selama sehari ke MADA diakhiri dengan lawatan
ke Projek Ternakan Ikan Tilapia Kerkau sebelum beliau berlepas
pulang ke Kuala Lumpur.
|