Aktiviti
MADA
Majlis Amanat Tahun Baru 2007 oleh Y.B. Menteri
Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia
Satu perhimpunan telah diadakan di Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani, Putrajaya bagi menyempurnakan
Majlis Amanat Tahun Baru 2007 yang disampaikan oleh Y.B. Tan Sri
Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Menteri Pertanian Dan
Industri Asas Tani Malaysia pada 15 Januari yang lalu.
Dalam ucapannya, Y.B. Menteri telah menggariskan 3 perkara utama
yang mesti diberi perhatian oleh semua warga Kementerian, jabatan
dan agensi dalam Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
iaitu :
1. “Semua Warga Kementerian Pertanian Dan Industri Asas
Tani perlulah meningkatkan tekad dan azam untuk mentransformasikan
bidang Agro-Makanan supaya ianya menjadi satu industri terpenting,
berkomersial, moden dan berdayasaing selaras dengan perancangan
Rancangan Malaysia Ke 9”.
2. “Semua anggota kementerian, jabatan & agensi hendaklah
sentiasa bersedia untuk memperbaiki sistem penyampaian dan memberi
khidmat sokongan yang cukup mesra dan berkesan”
3. “Sambutan yang diberikan terhadap MAHA 2006 membuktikan
terdapatnya anjakan minda di kalangan rakyat Malaysia bahawa bidang
pertanian bukan lagi di kelas ketiga atau mundur tetapi ianya
satu bidang yang berdayamaju, penjana ekonomi terpenting dan penghasil
kekayaan baru”.
Mengakhiri amanatnya, Y.B. Menteri menyeru kepada semua warga
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani supaya meningkatkan
intergriti dan produktiviti dalam usaha menjadikan sektor pertanian
sebagai penjana ekonomi terpenting negara.
|