Aktiviti MADA
Majlis Penyampaian Bantuan Banjir Dan Penerangan
Insentif Padi
Y.B Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Dato'
Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dengan diiringi oleh YAB Menteri
Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, telah
menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Banjir dan Penerangan
Insentif Padi pada 28 November 2006, bertempat di Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar.
Seramai 95 orang peladang daripada keseluruhan yang terlibat dengan
banjir pada bulan Oktober 2006 lalu telah menerima bantuan tersebut
daripada Y.B. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.
Di dalam ucapannya Y.B. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Malaysia telah menyeru para peladang yang menerima bantuan ini supaya
menggunakan wang bantuan ini dengan sebaik mungkin, agar kesan dari
kerugian semasa banjir dapat dikurangkan. Beliau juga memanfaatkan
sepenuhnya peluang bertemu peladang dengan memberi penerangan berkaitan
Insentif Padi.
Dianggarkan seramai 3000 orang telah hadir di majlis ini.
|