Aktiviti MADA

PERASMIAN SUKAN ANTARA DAERAH MADA 2007

Ampang Jajar, 19 April – Majlis Perasmian Temasya Sukan Daerah MADA 2007 telah berlangsung di Pavillion, Ibu Pejabat MADA. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg Dato’ Haji Abdul Rahim bin Saleh, Pengurus Besar MADA tepat jam 5.00 petang.

Pada majlis ini, semua peserta Kontinjen yang terdiri dari pasukan Ibu Pejabat , Daerah I, II, III, IV , Woksyop dan Syarikat Perniagaan Peladang MADA (SPPM) berarak langkah dengan iringan muzik kawad “Marching Band” masuk ke dalam padang menandakan bermulanya upacara ini dan disusuli bacaan doa oleh Tuan Haji Hasballah bin Hashim . Majlis seterusnya diikuti oleh ucapan aluan oleh Tuan Jurutera Daerah I, Encik Md.Zahir bin Sharif, Naib Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Anggota MADA selaku jawatankuasa pengelola bagi temasya ini. Kemudian diikuti giliran bagi ucapan oleh Y. Bhg. Dato’ Pengurus Besar MADA yang seterusnya merasmikan Majlis Sukan Antara Daerah MADA 2007.

Di antara intipati ucapan oleh Y. Bhg. Dato’ Pengurus Besar di mana menjelaskan bahawa sukan dapat menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan anggota MADA. Antara lain, melalui aktiviti sukan ini juga dapat menyihatkan tubuh badan peserta. Beliau mejelaskan bahawa , selain tujuan di atas, temasya yang diadakan ini akan menjadi platform atau medan untuk memilih peserta-peserta terbaik bagi mewakili MADA ke kejohanan di peringkat yang lebih tinggi dan mencabar. Oleh itu, beliau menasihatkan kepada peserta-peserta yang bakal dipilih untuk mewakili MADA selepas menyertai kejohanan ini agar dapat memberi tumpuan sepenuh komitmen di temasya sukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Badan Berkanun dan Sukan Antara MADA/KADA yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Justeru itu, beliau berharap agar pemain-pemain dapat menjaga displin semasa menjalani latihan dan sentiasa meneruskan latihan dari masa ke semasa sebagai persediaan menghadapi kejohanan tersebut bagi menjaga dan menjulang nama MADA ke peringkat yang lebih tinggi. Ini jelas terbukti dengan apa yang telah dapat dilakukan oleh Pasukan Perahu Panjang MADA yang telah banyak menaikkan dan mengharumkan nama MADA dengan memenangi beberapa kejuaraan temasya sukan air di beberapa peringkat pertandingan. Seterusnya, beliau telah diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kontinjen dan menyampaikan cenderahati bersempena temasya kejohanan ini.
Bersempena dengan majlis perasmian ini telah berlangsung Pertandingan Bolasepak di antara Pasukan Ibu Pejabat dan Daerah III, di mana keputusan telah berpihak kepada pasukan Daerah III dengan kemenangan 2-1. Serentak di padang bola jaring bersebelahan juga telah menyaksikan pasukan Ibu Pejabat MADA bertemu pasukan Daerah IV , dimana keputusan berkesudahan dengan jaringan 4-4.

"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA"

 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.