Aktiviti
MADA
Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Tuan
Haji Shuaib Bin Hashim, Ketua Bahagian Pertanian.
Ampang
Jajar, 15 FEB – Satu Majlis Jasamu Dikenang telah
dianjurkan oleh pihak pengurusan sempena persaraan Ketua Bahagian
Pertanian, Tuan Haji Shuaib Bin Hashim di Konkos, Ibu Pejabat MADA.
Majlis yang dihadiri oleh hampir semua anggota MADA ini dimulakan
dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Hasballah Bin Hashim.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ybhg. Dato’
Hj. Abdul Rahim Bin Saleh, Pengurus Besar MADA. Dalam ucapannya,
Ybhg. Dato’ menyatakan penghargaannya terhadap jasa-jasa yang
telah disumbangkan oleh Tuan Haji Shuaib sambil membacakan biodata
ringkas tentang beliau.
Sebagai individu yang diraikan, Tuan Haji Shuaib kemudiannya dijemput
memberi ucapan kepada semua tetamu yang hadir. Memulakan ucapannya,
Tuan Haji Shuaib menceritakan pengalamannya sepanjang perkhidmatannya
dalam MADA. Beliau menyeru kepada semua anggota MADA agar terus
memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah
yang diberikan.
Tepat jam 4.30 petang, Tuan Haji Shuaib dengan diiringi oleh Pengurus
Besar MADA telah mengimbas keluar buat kali terakhir di mesin pengimbas
waktu elektronik. Beliau kemudiannya bersalaman dengan anggota-anggota
MADA sebelum diarak keluar dengan konvoi motorsikal oleh pasukan
perahu MADA. |