Aktiviti MADA

Majlis Perarakan Kereta Berhias Bersempena Festival Padi 2007

Bersempena Festival Padi Kedah 2007, telah berlangsung Majlis Perarakan Kereta Berhias. Perarakan yang berlangsung pada 26 Mac 2007, jam 8.00 malam telah bermula dari jalan perkarangan Stadium Darulaman dan berakhir di Menara Alor Star. Kontijen MADA yang turut menyertai perarakan ini telah mempamerkan beberapa peralatan moden yang digunakan pada masa kini dalam industri padi.

Didahului dengan 3 buah traktor yang membawa 3 jenis peralatan berbeza iaitu alatan membajak, pemotong tunggul jerami dan penbur kapur. Seterusnya 2 buah mesin jentanam yang digunakan kini untuk menanam padi bagi menggantikan kerja-kerja menanam menggunakan tenaga manusia. Turut dipamerkan adalah peralatan mesin pengumpul jerami atau baler yang digunakan terutama di sawah berhampiran lebuhraya bagi mengelakkan pembakaran secara terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.