Aktiviti MADA

Perlawanan Karom Antara Daerah MADA 2007

Ampang Jajar, 7 April – Satu Perlawanan karom telah diadakan di konkos ibu pejabat MADA. Perlawanan yang disertai oleh 7 pasukan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Kelab MADA Merangkap Pengerusi Sukan Antara Daerah MADA, En Md. Zahir Bin Shariff tepat jam 9.30 pagi.

Dalam ucapan perasmiannya, En. Zahir menggesa kepada semua pasukan agar mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk dipilih mewakili MADA pada temasya yang lebih besar.

Dengan format yang digunakan pihak penganjur pada pertandingan ini iaitu 2 perseorangan, 2 beregu dan 1 beregu campuran bagi setiap pasukan, perlawanan menjadi lebih mencabar dan menarik kerana ia menuntut semangat berpasukan yang tinggi.

Perlawanan karom ini sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir di antara pasukan dari Daerah 2 menentang pasukan dari Woksyop yang akhirnya dimenangi oleh pasukan dari Daerah 2 dengan mata kemenangan 3-2. Pertandingan ini melabuhkan tirainya pada pukul 6.00 petang.

 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.