Aktiviti MADA
Projek Kerjasama MADA/MACRES
Projek Pertanian Tepat (Precision Farming) merupakan Projek
Kerjasama di antara MADA, MACRES dan UPM.
Konsep asas Precision Farming adalah untuk memastikan bahawa
setiap aktiviti dan input pertanian yang digunakan adalah tepat
pada masa, kuantiti dan tempat dengan menggunakan teknologi remote
sensing dan GIS
Projek ini telah dijalankan di PSSP Kampung Kepala Parit PPK
B IV - Pengkalan Kundur, Daerah IV , MADA
Pada musim 1/2006 aktiviti yang terlibat adalah aktiviti menuai
dan ‘EC Mapping’.
Aktiviti menuai telah dijalankan dengan menggunakan ‘Combine
Harvester’ New Holland 880 yang dilengkapi dengan peralatan
seperti 10 buah Sensor, Komputer, GPS dan Unit Penjana Kuasa Bermula
dari 3 Ogos sehingga 16 Ogos 2006 yang lalu.
Traktor dan Veris EC yang digunakan adalah bagi tujuan ‘Soil
Mapping’ dan 'Soil Fertilizer Recommandation’. Veris
EC yang ditarik pada traktor akan merekod pH dan kedalaman tanah
bagi menentukan keadaan tanah dan sekaligus mencadangkan kaedah
pembajaan.
|