Aktiviti
MADA
Seminar Padi Kedah 2007
 Sebagai
negeri Jelapang Padi Negara dan bersempena dengan Festival Padi
2007 satu Seminar telah diadakan pada 25 Mac 2007 bertempat di Dewan
Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar. Ianya merupakan salah
satu dari aktiviti program dalam festival ini yang berobjektifkan
:-
• Memartabatkan industri tanaman padi di Negeri Kedah
• Meningkatkan pengetahuan mengenai industri padi dan beras
melalui kertas-kertas kerja yang dibentangkan
oleh penceramah jemputan dan
• Mewujudkan jaringan rantaian peranan maklumat dan
pengalaman dalam kalangan peserta
seminar.
Majlis seminar ini telah dirasmikan oleh wakil YAB Menteri Besar
Kedah Darul Aman YB. Dato’ Dr. Shuib Bin Saedin, iaitu Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan Negeri
Kedah, melibatkan 300 peserta yang terdiri daripada pesawah dan
usahawan padi, pegawai-pegawai jabatan, agensi serta syarikat.
|