Aktiviti MADA
Karnival Sukan Air Perlis 2005 –
MADA muncul sebagai johan dalam acara perahu
Karnival Sukan Air Perlis 2005 telah diadakan selama tiga hari berturut-turut
dari 22–24 April 2005. Karnival ini telah berlangsung di Terusan
Arau, Tambun Tulang, Perlis.
Pasukan Perahu MADA telah menyertai tiga acara, iaitu perahu panjang
20 pendayung dengan satu pasukan, perahu panjang 12 pendayung yang
terdiri daripada 2 pasukan (pasukan MADA ‘A’ dan pasukan
MADA "B"), serta acara panjat tiang licin (3 peserta).
Bagi acara perahu 20 pendayung (saringan Liga Kumpulan) dan perahu
12 pendayung (kalah mati), MADA telah menggondol sebagai johan pada
22 April 2005. Acara perahu 20 (Q-Final) dab perahu 12 (Q final),
pasukan MADA turut menjadi johan pada hari kedua karnival ini.
MADA telah memenangi acara perahu 20 (Semi-Final) dan perahu 12
(Semi-Final). Walau bagaimanapun, pada hari ketiga, pasukan MADA
"B" tewas pada pasukan Persatuan Nelayan. Pada hari tersebut
juga, MADA menjadi johan dalam acara perahu (Final) manakala TLDM
sebagai naib johan.
Bagi acara perahu 12 (Final), Pasukan MADA "A" telah menduduki
sebagai naib johan kepada Pasukan Nelayan. Tempat ketiga dimenangi
oleh pasukan Amar Di Raja dan tempat keempat oleh MADA "B".
MADA muncul sebagai naib johan dalam acara panjat tiang licin.
Tahniah diucapkan kepada pasukan MADA!
|