Aktiviti MADA
Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang - Peladang Kedah
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak dengan diiringi oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang-peladang Kedah pada 14 Februari 2006, bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.
Seramai 100 orang peladang daripada keseluruhan yang terlibat dengan banjir pada bulan Disember 2005 lalu telah menerima bantuan tersebut daripada YAB Timbalan Perdana Menteri.
Di dalam ucapannya YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyeru para peladang yang menerima bantuan ihsan ini supaya menggunakan wang bantuan ini dengan sebaik mungkin, agar kesan dari kerugian semasa banjir dapat dikurangkan.
Dianggarkan seramai 3000 orang telah hadir di majlis ini.
|