Aktiviti MADA
Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang - Peladang Daerah II MADA
 YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang-peladang Daerah II MADA pada 22 Februari 2006, bertempat di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan H-II MADA, Kepala Batas.
Seramai 100 orang peladang yang terlibat dengan banjir telah menerima bantuan ihsan daripada YAB Menteri Besar.
YAB Menteri Besar telah menasihatkan kesemua peladang yang menerima bantuan ehsan dari kerajaan ini agar menggunakannya untuk urusan persawahan mereka dan juga bagi menampung kehilangan hasil dan pendapatan sawah yang mereka alami. |