Aktiviti MADA

Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang - Peladang Daerah I MADA

YAB Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Shahidan bin Kassim, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan Banjir kepada Peladang-peladang Daerah I MADA pada 20 Februari 2006, bertempat di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan D-I MADA, Tambun Tulang.

Seramai 300 orang peladang yang terlibat dengan banjir telah menerima bantuan ihsan daripada YAB Menteri Besar.

Dalam ucapannya YAB Menteri Besar telah menasihatkan penerima bantuan ihsan supaya menggunakan wang ini dengan sebaik mungkin terutama untuk menguruskan sawah pada musim akan datang. Pemberian ihsan ini adalah sumbangan kerajaan untuk peladang-peladang bagi meringankan beban kerugian yang dihadapi.
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.