Aktiviti MADA

Hari Bertemu Pelanggan Wilayah Utara Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia

Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia sedang menyampaikan ucapan perasmianSelaras dengan usaha untuk membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani sebagai satu sektor yang produktif dan berpotensi, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah mengorak langkah untuk ’turun padang’ bertemu para pelanggan dan bakal pelanggan di seluruh Negara dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di wilayah-wilayah.

Bermula dengan HBP Wilayah Tengah yang diadakan di Dengkil, Selangor, destinasi seterusnya adalah Wilayah Utara, yang telah diadakan di Alor Star Mall, Alor Star, pada 22 April 2006, dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. MADA diberi tanggungjawab untuk mengepalai HBP Wilayah Utara ini dengan penyertaan semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah kementerian.

Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani telah sudi merasmikan HBP Wilayah Utara, di samping bersama-sama bertemu para pelanggan Kementerian. Seramai hampir 400 orang telah menghadiri majlis perasmian dan di samping mengunjungi kaunter-kaunter bahagian, jabatan dan agensi yang disediakan untuk mendapatkan maklumat dan meleraikan kemusykilan untuk menyertai sektor pertanian dan industri asas tani di Negara ini.

HBP seterusnya akan diadakan di Wilayah Selatan, iaitu di Johor Bharu.

Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia sedang bertemu dengan seorang pemimpin peladang kawasan MADA Dato' Haji Abdul Rahim bin Saleh, Pengurus Besar MADA sedang memberi taklimat kepada Tan Sri KSU mengenai program Padi 10Tan yang sedang giat dijalankan oleh MADA
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.