Aktiviti MADA

Pelancaran Projek Asas Tani di Unit Tambung Tulang Timur, Perlis oleh YB Timbalan Menteri Pertanian

     

Satu program lawatan kerja YB Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia ke Pertubuhan Peladang Kawasan Setia Jaya di Tambun Tulang, Perlis yang telah diadakan pada 19 Mac 2005.

Lawatan ini adalah untuk melancarkan satu projek Asas Tani di Unit Tambun Tulang Timur. Sehubungan dengan itu, satu majlis anugerah Kumpulan Peladang Nita Jaya (KPN) peringkat Daerah I yang telah diadakan di PPK di Tambun Tulang sempena lawatan kerja YB Timbalan Menteri Pertanian Malaysia.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah pameran jualan, demontrasi masakan ikan tilapia, pertandingan mewarna kanak-kanak, dan pertandingan aspek wanita dan sukaneka.

Melalui anugerah Unit KPN Jaya, Telok A1 telah mendapat johan dan saguhati dimenangi oleh Titi Serong (B1), Sungai Bakong (C1), Lahar Jambu (D1) dan Chantek Bangun (E1).
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.