| Aktiviti
MADA
Penganugerahan Pengurusan Stor Baja
Zon Utara oleh YB Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas
Tani
Majlis Anugerah Pengurusan Stor Baja Zon Utara diadakan
pada 17 Mac 2005 di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi yang
telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani
sebagai VVIP manakala VIP yang turut hadir ialah Yang Berbahagia
Pengurus Besar MADA, Ketua Pengarah LPP dan wakil Pengurus Besar
NAFAS. Majlis ini dihadiri oleh seramai 200 orang yang terdiri daripada
Pengurus PPK, Pegawai Subsidi PPK dan kerani, pembantu stor PPK
60 PPK (LPP dan MADA) dalam zon utara.
Disamping itu, satu pertandingan stokis peringkat zon utara juga
diadakan selama 4 hari bermula dari 26, 27, 30 November dan 2 Disember
2004 adalah bertujuan meningkatkan taraf pengurusan stokis serta
memberi pengiktirafan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan yang menggunakan
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP). Pertandingan tersebut
telah dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS.
Daripada pertandingan tersebut PPK yang telah memenangi tempat pertama
ialah PPK E-1 Simpang Empat Perlis, manakala tempat kedua ialah
PPK H-II Kepala Batas dan tempat ketiga dimenangi oleh PPK F-III
Pendang.
Dalam ucaptama oleh YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani telah menyarankan supaya Pengurusan Stokis berada pada tahap
yang terbaik dan lebih efisien dan PPK juga perlu memainkan peranan
bagi menjayakan Projek 10 Tan. YB juga meminta supaya NAFAS dapat
meneruskan program ini secara berterusan. |