Aktiviti MADA

Temasya Sukan Sungai 2005 – MADA muncul naib johan

Pertandingan Perahu Panjang sempena Temasya Sukan Sungai 2005 telah diadakan pada 7 Mei 2005. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sempena dengan Hari Keputeraan Baginda. Temasya Sukan Sungai ini telah dirasmikan dan dijalankan di Tanjung Chali, Alor Star.

MADA telah menggondol kejuaraan bagi kategori Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun dengan menewaskan MBAS dan JKR. Kemenangan MADA telah memaksa MBAS dan JKR masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bagi juara antara juara, MADA telah menggondol gelaran sebagai naib johan apabila telah ditewaskan oleh pasukan 3 ARMOR. Tempat ketiga telah digondol oleh Gano Excel Industri.

Temasya Sukan Sungai 2005 yang telah diadakan dengan penuh gemilang apabila turut dihadiri oleh pelbagai lapisan penonton dan peserta untuk memeriahkan temasya pada tahun ini.
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.