| Aktiviti
MADA
Lawatan kerja Y.Brs Dato’ Siti
Balkish binti Shariff ke MADA
Y. Brs Dato’Siti Balkish binti Shariff, Timbalan
Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani yang juga merupakan ahli Lembaga Pengarah MADA telah mengadakan
lawatan kerja ke Ibu Pejabat MADA dan Ladang Mempelam di Tobiar
pada 9 Jun 2005.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah diperkenalkan dengan produk
baru hasil daripada mempelam iaitu jus, halwa dan jeruk. Disamping
itu juga beliau turut dihidangkan dengan produk-produk baru tersebut.
Harapan Dato’ agar produk-produk tersebut setanding dengan
lain-lain produk yang berada di pasaran sekarang.
Produk-produk hasil daripada mempelam masih di peringkat kajian
(Research & Development) oleh pihak MADA. MADA berhasrat untuk
memasarkan produk-produk tersebut pada masa hadapan apabila selesai
menjalankan kajian kelak. |