Melalui
Jabatan Penerangan Negeri Kedah Darul Aman, satu rombongan
lawatan daripada Kembara Media iaitu terdiri daripada 30 orang
pengamal media cetak dan media elektronik dari Kuala Lumpur
telah mengadakan lawatan ke MADA pada 17 Jun 2008 bersamaan
hari Selasa mulai jam 8.30 pagi sehingga jam 7.30 malam. Dalam
program lawatan ini, pihak Kembara Media telah dibawa melawat
projek-projek MADA antaranya:- 1. Projek
Kraftangan PPJK C-III Tajar
2. Projek Estet Padi Kg. Jelai, Tajar
3. Projek Ladang Mempelam MOA Inc. Tobiar. Pada
sebelah petang diadakan pula Perlawanan Bola Sepak Persahabatan
antara veteran MADA dengan Media Kedah yang mana telah berlangsung
di padang bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul
Rahman, Alor Setar, Kedah. Dalam Perlawanan tersebut kemenagna
memihak kepada pasukan Media Kedah iaitu 5 gol berbalas
2. Turut hadir merasmikan dan memberi sokongan dalam perlawanan
ini ialah Tuan Haji Mahamud Fauzi Bin Haji Mansor, Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan MADA.
Jam 6.30 petang Majlis Jamuan Teh dan penyampaian hadiah
kepada pasukan bola sepak serta penyampaian cenderahati
antara kedua-dua agensi yang telah disempurnakan oleh Tuan
Haji Mahamud Fauzi Bin Haji Mansor Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan MADA. Pada jam7.45 malam majlis bersurai. |