Aktiviti MADA
PERJUMPAAN Y.A.B. DATO’ SERI PENGERUSI
MADA BERSAMA PELADANG MADA.
Pada 29 Januari 2008 yang, MADA telah menganjurkan Perjumpaan
Y.A.B. Dato’ Seri Pengerusi MADA bersama Peladang MADA di
Konkos Ibu Pejabat MADA Ampang Jajar. Perjumpaan ini telah dihadiri
oleh lebih kurang 1200 orang peladang daripada seluruh kawasan
MADA Negeri Kedah dan Perlis. Selain itu, turut menghadiri perjumpaan
ini adalah keluarga serta anak peladang yang cemerlang.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada
para peladang untuk mendengar secara terus daripada Y.A.B. Dato’
Seri Madhzir b Khalid, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi
Lembaga Pengarah MADA amanat dan harapan daripada MADA dan Kerajaan
amnya kepada peladang-peladang di seluruh kawasan MADA.
Di dalam majlis ini , MADA turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan
anugerah dan hadiah kepada para peladang yang berjaya di dalam
pelbagai sektor pertanian. Turut tidak ketinggalan MADA juga turut
menghargai anak-anak peladang dengan menyampaikan hadiah kecemerlangan
Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA kepada anak-anak peladang
yang berjaya dan cemerlang di dalam pelajaran. Penghargaan dan
hadian ini merupakan satu pengiktirafan daripada MADA kepada peladang
dan keluarga peladang di dalam usaha meningkat motivasi peladang
untuk terus maju.
Di dalam ucap tama Y.A.B Pengerusi Mada, Y.A.B. Dato’ Seri
telah menekankan betapa pentingnya para peladang untuk berubah
kepada satu paradigma yang baru di dalam industri petanian. Slogan
“ Pertanian Adalah Perniagaan” jelas menunjukkan bahawa
pertanian secara konvensional dan tradisional sudah tidak relaven
pada hari ini. Ini adalah penting bagi mencapai cita-cita Negara
untuk mencapai sasaran 90% SSL beras Negara.
Selain itu, Y.A.B. Pengerusi MADA juga turut menekankan tentang
perlunya berlaku perubahan minda. Para peladang perlu mempunyai
ilmu dan pengetahuan yang secukupnya bagi memajukan sektor pertanian
dan meningkatkan hasil padi. Y.A.B Pengerusi MADA telah menyarankan
agar semua peladang dapat meningkatkan hasil padi pada musim-musim
akan datang dengan sekurang-kurangnya peningkatan 1 tan/hektar
setiap peladang.
Melalui ucap tama Y.A.B. Dato’ Seri Madhzir b Khalid juga
mengarapkan peladang dapat menterjemahkan semua bantuan yang telah
diberikan oleh kerajaan kepada peningkatan hasil padi yang lebih.
Usaha yang dijalankan harus dilipat gandakan. MADA selaku agensi
kerajaan yang bertanggungjawab disarankan untuk memberikan bantuan
teknikal dan khidmat nasihat kepada peladang-peladang yang memerlukan.
Majlis perjumpaan tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan
tengahari kepada semua hadiri yang hadir.
|