Aktiviti MADA
Perhimpunan Bulanan MADA - November 2006
Perhimpunan bulanan telah diadakan di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat
MADA yang dihadiri kira-kira 300 orang anggota. Aturcara majlis
dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Noor Effarizan B. Ismail disusuli
nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Dasar Pertanian Negara oleh semua
hadirin.
Perhimpunan ini, kemudiannya diteruskan dengan sesi perkenalan
diri oleh anggota baru seramai 6 orang. Kemuncak aturcara majlis
ialah ucapan dari Ketua Bahagian Pertanian, Tn. Hj. Shuaib B.
Hashim mewakili pengurus besar MADA. Beliau memulakan ucapannya
dengan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota
MADA. Meneruskan ucapannya, beliau memaklumkan para hadirin tentang
beberapa aktiviti atau majlis yang bakal berlangsung. Antaranya
ialah Majlis Jamuan Hari Raya, Program Derma Darah, Hari Kualiti
MADA 2006, Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism
Show 2006 (MAHA) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kedah
2006 (HPPNK).
Mengakhiri ucapannya, Tn. Hj. Shuaib telah menyeru semua anggota
MADA agar meningkatkan prestasi kerja ke tahap terbaik bagi mencapai
matlamat organisasi.
|