Aktiviti
MADA
Perhimpunan Bulanan MADA - Oktober 2006
Perhimpunan bulanan telah diadakan di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat
MADA yang dihadiri kira-kira 300 orang anggota. Aturcara majlis
dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Zahir Bin Shariff disusuli
nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Dasar Pertanian Negara oleh semua
hadirin.
Perhimpunan ini, kemudiannya diteruskan dengan sesi perkenalan
diri oleh anggota baru seramai 38 orang. Kemuncak aturcara majlis
ialah ucapan dari pengurus besar MADA, YBhg. Dato’ Hj. Abdul
Rahim Bin Saleh. Beliau memulakan ucapannya dengan mengucapkan
selamat datang kepada semua anggota baru. Selain itu, beliau mengingatkan
kepada semua pegawai MADA agar lebih bersikap terbuka dan kompetitif
dalam menjalankan tugas seharian, memandangkan persaingan sengit
dalam sektor pertanian global dan tanggungjawab anggota semakin
bertambah dan mencabar dari semasa ke semasa.
Mengakhiri ucapannya, YBhg. Dato’ telah menyarankan kepada
semua anggota yang beragama Islam agar mengambil kesempatan memperbanyakkan
amalan di bulan Ramadhan serta mengucapkan Selamat Hari Deepavali
dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota MADA.
|