Aktiviti MADA

Perlawanan Persahabatan Antara Pasukan Ibu Pejabat MADA dengan Pasukan Belia Gulau Daerah Sik

Pasukan bolasepak Ibu Pejabat MADA telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak di Padang Ibu Pejabat dengan Pasukan Belia Gulau Daerah Sik pada 10 Januari yang lalu.
Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memantapkan persefahaman antara pemain pasukan Ibu Pejabat MADA. Dalam perlawanan tersebut, skuad pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-15. Menyedari kurangnya penguasaan di bahagian tengah, jurulatih pasukan tuan rumah, En. Jamalil Aris telah membuat pertukaran pemain dengan memasukkan pemain tengah iaitu Hakimi. Kemasukkan Hakimi nyata memberikan impak yang bagus apabila beliau berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 melalui sepakan cantik menewaskan penjaga gol pasukan pelawat. Kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menunjukkan aksi yang lebih mantap dengan kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan. Melihat perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, pasukan pelawat menambah jaringan melalui sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol 3 minit sebelum perlawanan berakhir. Keputusan penuh perlawanan MADA Ibu Pejabat 1 Pasukan Belia Gulau Daerah Sik 2.
Secara keseluruhannya, jurulatih dan pengurusan pasukan berpuas hati dengan persembahan pemain yang semakin meningkat. Diharap pasukan MADA Ibu Pejabat akan lebih mantap di masa hadapan.
 
 
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.