Aktiviti MADA

Seminar Usahawan Tani MADA
31 Disember 2007


Seminar Usahawan Tani MADA yang diadakan pada 31 Disember 2007 bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA telah berjaya mengumpulkan seramai 400 orang peserta usahawan tani MADA. Acara yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan kepada golongan usahawan tani MADA mengenai halatuju Dasar Pembangunan Usahawan Tani peringkat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani serta kaedah perlaksanaan di peringkat operasi MADA. Selain itu, ia juga memberi pendedahan mengenai bentuk pinjaman serta pembiayaan yang ada untuk dimanfaatkan oleh usahawan MADA.

Acara ini yang dimulakan dengan majlis perasmian oleh Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) diikuti dengan penyampaian anugerah Usahawan Tani Jaya MADA 2007 yang merangkumi 11 kategori. Kemudian ianya diteruskan dengan sesi taklimat serta dialog terbuka sumber pembiayaan projek Industri Kecil oleh Bank Rakyat/MARA/Bank Pembangunan/Bank Pertanian Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.


 
 
         
 
         
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.