BAHAGIAN INDUSTRI PADI

STRATEGI DAN PROGRAM

Strategi Bahagian industri padi ialah untuk memodenkan Sistem Pengurusan Ladang iaitu Pengurusan Estet Padi dan Mekanisasi Perladangan,meningkatkan Produktiviti dan Memajukan Lain-Lain Faktor Pengeluaran iaitu(Projek Peningkatan Hasil 10 Tan / Hektar, Pengeluaran Benih Bermutu, Pengedaran Baja Skim Subsidi Baja Padi Kerajaan Persekutuan dan Skim Insentif Pengeluaran Padi, Pengurusan Perosak Bersepadu, Pengurusan Rumpai Bersepadu, Pemulihatan Tanah Bermasalah dan Pemulihan Tanah Masam.

Memperkemaskan Sistem Pengembangan Pertanian dan Pemindahan Teknologi Terkini (Latihan Pengurusan Tanaman Berhasil Tinggi ( Agronomi, Penyakit dan Perosak ), Penggunaan ICT Dalam Aktiviti Pengembangan & Pemantauan, Pemantauan Estet Padi dan Rekod Ladang)

Meningkatkan Usaha-Usaha Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)( Penyelidikan dan Pembangunan Bidang Padi dan Menjalankan Usahasama Dengan Lain-Lain Agensi Dalam dan Luar Negara Serta Swasta Bagi Menjalankan Kajian- Kajian)

VISI
Menjadikan industri padi di kawasan Muda sebagai satu industri yang moden, cekap dan mapan

MISI

Mentransformasikan industri padi ke tahap moden, cekap, mapan dan kompetitif.
Memaksimumkan pendapatan pesawah melalui tanaman padi.
Memajukan institusi pesawah sebagai entiti yang berdayamaju.

OBJEKTIF

Meningkatkan purata hasil padi dalam Projek 10 Tan sebanyak 7.5 tan sehektar dan keseluruhan kawasan Muda sebanyak 6.8 tan sehektar pada tahun 2010 dan seterusnya kepada 10 tan sehektar di keseluruhan kawasan Muda menjelang tahun 2020.
Pengeluaran benih padi sah sebanyak 24,000 m/tan setahun iaitu 85% daripada keperluan MADA menjelang tahun 2010.
Mewujudkan 20,000 hektar Estet Padi di Kawasan Muda menjelang tahun 2010.
Menjalankan program peningkatan kesuburan tanah.
Program pengembangan dan pemantauan rumpai, penyakit dan perosak padi bagi mengurangkan serangan kurang 10% semusim.


FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
Memodenkan sistem pengurusan ladang.
Meningkatkan produktiviti pengeluaran padi.
Memperkemaskan sistem pengembangan pertanian dan pemindahan teknologi.
Meningkatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan ( R&D ).

PIAGAM PELANGGAN

Komitmen kami di perkhidmatan Bahagian Industri Padi ialah untuk memberi perkhidmatan yang sehabis baik, cekap, berkesan, tepat dan wajar kepada pelanggan kami dalam bidang :
Perusahaan Tanaman Padi dan Pengembangan Pertanian
Untuk memenuhi komitmen itu, kami akan menyediakan :
Khidmat nasihat yang kompeten dan mudah diperolehi dan Peluang latihan yang mencukupi
Serta disokong dengan :
Pentadbiran cekap,saksama dan prihatin, Sistem perhubungan yang mesra dan teratur dan Sistem maklumat yang kemaskini dan dipercayai


   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.