BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

LATAR BELAKANG


Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan 1 daripada 9 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, kewangan dan akaun serta pengurusan sumber manusia. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA.

Bahagian ini meliputi tiga cawangan iaitu:

• Cawangan Pengurusan Sumber Manusia.
• Cawangan Kewangan dan Akaun.
• Cawangan Pentadbiran.

VISI
Mengurus dan Mentadbir Sumber Manusia dan Kewangan Lembaga Secara Kompeten, Berketrampilan Dan Berkesan Untuk Mewujudkan Budaya Kerja Kelas Pertama.

MISI

Menyedia dan Mengurus Sumber Manusia Yang Kompeten, Profesional dan Berintegriti.
Mengurus dan Mengawal Sumber Kewangan Secara Efisien dan Efektif.
Memberi Perkhidmatan Sokongan Secara Cekap Dan Menyeluruh Di Dalam Melicinkan Operasi Lembaga.


OBJEKTIF

Memastikan Pengurusan Sumber Manusia Yang Optimum Mengikut Keperluan Organisasi.
Memastikan Pengurusan Kewangan Mengikut Bajet Yang Dirancang Di Dalam Memenuhi Keperluan Organisasi.
Memastikan Perkhidmatan Sokongan Dijalankan Dengan Cekap Dan Sistematik Bagi Memenuhi Keperluan Semasa Organisasi.


FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus pengisian dan perkhidmatan perjawatan serta mengemaskini rekod perkhidmatan anggota.
Melaksana dan menilai program kompetensi anggota.
Membina modal insan yang berkualiti dan berintegriti.

Cawangan Kewangan dan Akaun
Mengurus sumber-sumber kewangan secara berhemah selaras dengan arahan/prosedur/pekeliling.
Mengurus bayaran dan terimaan Lembaga.
Mengurus aset Lembaga secara berkesan.

Cawangan Pentadbiran

Mengurus perkhidmatan dan operasi pentadbiran Lembaga.
Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif.
Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters.

PIAGAM PELANGGAN

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Memberi Perkhidmatan berkaitan Sumber Manusia dalam
tempoh masa seperti berikut :

i) Pengisian Jawatan – 2 bulan daripada tarikh iklan
ii) Permohonan kemudahan perkhidmatan – 14 hari bekerja
iii) Memproses pemangkuan dan kenaikan pangkat – 30 hari bekerja.
iv) Kertas pengesahan dalam jawatan dan kemasukan jawatan berpencen – 2 bulan
v) Melengkapkan dokumentasi pencen anggota dan menghantar ke JPA – 3 bulan sebelum tarikh pencen
vi) Peperiksaan perkhidmatan – 2 kali setahun
vii) Penilaian Tahap Kecekapan – 3 kali setahun
viii) Kehadiran kursus setiap anggota – 7 hari setahun
ix) Mengemaskini buku rekod perkhidmatan – 14 hari bekerja

Cawangan Kewangan dan Akaun

Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari
Membuat bayaran gaji anggota mengikut jadual yang telah ditetapkan
Memproses pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer dalam masa 5 hari


Cawangan Pentadbiran

Menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari
Sentiasa mengemaskini dan memantau pergerakan fail-fail
Menyelesaikan aduan kerosakan perkhidmatan bangunan dalam tempoh 5 hari.
Menjamin keselamatan pejabat pada setiap masa

 

   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.