BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL & INFRASTRUKTUR

LATAR BELAKANG
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal Dan Infrastruktur merupakan salah satu daripada sembilan bahagian dalam MADA. Fungsi utama Bahagian ini ialah memberi segala perkhidmatan kejuruteraan kepada MADA untuk melaksanakan pembangunan sosio ekonomi dalam Kawasan Muda.

Bahagian ini meliputi dua cawangan iaitu:
• Cawangan Perkhidmatan Mekanikal.
• Cawangan Pembangunan Infrastruktur.
Cawangan Perkhidmatan Mekanikal menumpukan kepada perkhidmatan penyenggaraan dan perolehan kepada loji pengairan, jentera pertanian, kenderaan, loji berat, fabrikasi dan latihan serta terlibat dalam merancang dan melaksana program pembangunan.

Sementara Cawangan Pembangunan Infrastruktur diujudkan adalah bertujuan untuk membangunkan infrastruktur pengairan dalam Kawasan Muda supaya ianya setaraf dengan kemudahan infrastruktur yang berada di jelapang-jelapang padi yang lain. Di samping itu, fungsi-fungsi tambahan cawangan ini meliputi perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sistem tersier dalam Kawasan Muda, pengurusan juruperunding untuk merekabentuk dan menyelia kerja-kerja kontrak bagi pembangunan infrastruktur tersier, perancangan dan pembangunan kawasan padi di pinggir Kawasan Muda dan memberi khidmat nasihat kepada majlis bandaraya/daerah dalam perancangan sistem saliran bandar.

Program dan aktiviti MADA kini telah berubah di mana aktiviti pertanian yang berorientasikan teknologi moden serta mesra-alam telah menjadi keutamaan. Sehubungan dengan itu, struktur Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Infrastruktur telah diperluaskan untuk memberi penekanan kepada pembangunan dan pemodenan perkhidmatan kejuruteraan awam dan kejenteraan termasuk kejenteraan pertanian, mekanisasi ladang dan kejuruteraan elektrik yang semakin berkembang.


VISI

Peneraju kepada perkhidmatan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta mekanisasi dalam industri padi di Kawasan Muda.

MISI
Memodenkan industri padi dan industri asas tani di Kawasan Muda melalui pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran serta pemindahan teknologi terkini kepada kumpulan sasar

OBJEKTIF
Merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran di Kawasan Muda
Memberi Khidmat nasihat teknikal berkenaan projek-projek pembangunan di Kawasan Muda kepada agensi/jabatan kerajaan dan pihak swasta
Menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan jentera / loji MADA
Meningkatkan program permodenan loji, jentera pengairan dan pengurusan penyelenggaraan aset jabatan
Memastikan Perkhidmatan Sokongan Dijalankan Dengan Cekap Dan Sistematik Bagi Memenuhi Keperluan Semasa Organisasi


FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

Cawangan Perkhidmatan Mekanikal
Mengurus perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kepada semua loji (jentera, peralatan mekanikal dan elektrikal) MADA.
Mengurus pelupusan dan hapuskira semua loji (jentera, peralatan mekanikal dan elektrikal) MADA.
Merancang dan melaksanakan program, pembangunan dan projek khusus, kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan kejenteraan pertanian dalam Kawasan Muda.
Merancang dan melaksana kursus dan latihan amali kepada anggota dan peladang MADA dalam bidang operasi dan pengendalian loji pengairan dan saliran serta kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan kejenteraan pertanian.
Merancang dan melaksanakan program kajian kehilangan lepas tuai (post harvest loss) atau lain-lain kajian yang berhubung dengan aktiviti mekanisasi ladang di MADA.
Menyediakan khidmat nasihat kepada lain-lain bahagian / cawangan MADA dalam bidang kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan kejenteraan pertanian.
Perkhidmatan sokongan (Pentadbiran Am)
Perkhidmatan sokongan (Setor).

Cawangan Pembangunan Infrastruktur
Merancang, merekabentuk dan melaksana projek pembangunan dan pemulihan infrastruktur pengairan dan saliran MADA.
Pengurusan kontrak, mengemaskini pengkalan data belanjawan Rancangan Malaysia, penyediaan laporan kewangan dan prestasi bulanan.
Mengemaskini dan menyediakan dokumen-dokumen dan spesifikasi kontrak untuk kerja pembangunan.
Memberi khidmat nasihat kejuruteraan berkaitan semua projek pembangunan infrastruktur di dalam Kawasan Muda.
Memberi khidmat nasihat kepada One Stop Centre (OSC) berkaitan projek pembangunan di Kawasan Muda.
Melaksanakan khidmat pentadbiran dan pengurusan kewangan Bahagian.

PIAGAM PELANGGAN

Cawangan Perkhidmatan Mekanikal

Melaksanakan kerja penyelenggaraan loji pengairan / jentera dan kenderaan MADA mengikut jadual penyelenggaraan tahunan yang kami sediakan.
Mengambil tindakan ke atas laporan kerosakan dalam tempoh tidak melebihi 2 hari bekerja dari tarikh diterima.

Cawangan Pembangunan Infrstruktur

Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan kejuruteraan yang profesional dan berkualiti. Untuk itu kami akan :-

Merancang dan melaksanakan projek pembangunan infrastruktur dengan peruntukan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Menyediakan dokumen kontrak yang ditandatangani dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tawaran kontrak.
Menyediakan baucer pembayaran dalam tempoh 7 hari setelah penerimaan penyata tuntutan bayaran.
Memberi ulasan teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi/ Jabatan Kerajaan dan pihak swasta dalam tempoh 14 hari.
Melaksanakan kerja penyelenggaraan loji pengairan / jentera dan kenderaan MADA mengikut jadual penyelenggaraan tahunan yang kami sediakan.
Mengambil tindakan ke atas laporan kerosakan dalam tempoh tidak melebihi 2 hari bekerja dari tarikh diterima.
 
   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.