BAHAGIAN PENGURUSAN INSTITUSI PELADANG
LATAR BELAKANG
Bahagian Pengurusan Institusi Peladang yang diwujudkan selepas
penyusunan semula struktur organisasi MADA yang berkuatkuasa pada
16 Mac 2007 diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti
Perniagaantani, Kawalan Kewangan dan Pengurusan Institusi Peladang.
Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Institusi Peladang
yang bertanggungjawab kepada Timbalan Pengurus Besar (Pertanian)
MADA.
Bahagian ini meliputi 3 cawangan dan 8 seksyen iaitu:-
i. Cawangan Pemajuan Organisasi
• Seksyen Penyeliaan dan Perundangan PPK
• Seksyen Koperasi Asastani
ii. Cawangan Perniagaan Tani
• Seksyen Pengurusan Sektor Hartanah dan Perniagaan PPK
iii. Cawangan Kawalan Kewangan Institusi Peladang
• Seksyen Penyeliaan
VISI
Memajukan institusi peladang sebagai satu entiti yang kompeten,
berketrampilan dan berdayamaju yang menjadi kebanggaan peladang
di kawasan MADA.
MISI
| |
Meningkatkan aktiviti perniagaan
input pertanian sebagai penyumbang utama kepada pendapatan
PPK disamping pengujudan kepelbagaian lain-lain aktiviti perniagaan.
|
|
Meningkatkan pendapatan PPK melalui pelbagai
aktiviti perkhidmatan |
|
Meningkatkan saham ahli, simpanan ahli, simpanan
tabung-tabung projek Estet Padi dan Unit Peladang sebagai
sumber modal kerja dalaman kepada aktiviti perniagaan dan
perkhidmatan PPK selain daripada modal luaran. |
|
Menjadikan Unit Peladng sebagai satu entiti
yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada PPK. |
|
Menjadikan koperasi Asas tani yang berdayamaju
sebagai Unit Ahli PPK yang berfungsi sebagai ’complementory
economy provider’ kepada PPK. |
|
Menjadikan PPK sebagai penjana pendapatan kepada
peladang melalui pembahagian dividen melebihi 10 peratus setahun. |
| |
Meningkatkan penggunaan sistem primari perakaunan
di Pertubuhan Peladang dengan lebih berkesan. |
OBJEKTIF
| |
Meningkatkan pendapatan perniagaan
input pertanian secara purata bagi setiap PPK kepada RM0.5
juta menjelang tahun 2010. |
|
Menyelaraskan bekalan input-input pertanian
pada kos yang kompetatif bagi mengurangkan kos pengeluaran
padi pada kadar 10 peratus. |
|
Mengujudkan kepelbagaian aktiviti perkhidmatan
PPK dengan peningkatan pendapatan di antara 10 hingga 20%
setiap tahun. |
|
Meningkatkan pemilikan saham dan simpanan pemimpin-pemimpin
peladang pada kadar RM1,000.00 seorang dan ahli biasa pada
purata RM300.00 seorang menjelang tahun 2010 sebagai modal
kerja dalaman untuk perniagaan dan perkhidmatan PPK. |
|
Meningkatkan nilai kredit ahli yang dikeluarkan
bagi setiap PPK kepada purata RM1.0 menjelang tahun 2010 dengan
peningkatan di antara 10 hingga 20% setiap tahun. |
|
Membantu meningkatkan pendapatan PPK agar mampu
memberi dividen melebihi 10 peratus setahun. |
|
Meningkatkan penyertaan Koperasi Asas Tani
yang berdayamaju dalam unit ahli dan berfungsi sebagai pembekal
perkhidmatan di bidang perniagaan kepada PPK. |
|
Mempastikan laporan akaun bulanan PPK disiapkan
pada minggu pertama setiap bulan. |
| |
Menggerakkan unit peladang sebagai pembekal
perkhidmatan kepada PPK.
|
FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN
CAWANGAN PEMAJUAN ORGANISASI
|
Menyelia dan mengawasi pehngurusan dan pentadbiran
27 buah PPK dan 72 buah SKATA di kawasan MADA. |
|
Memaju dan membangunkan pergerakan unit ahli. |
|
Menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang yang dilibatkan
di dalam pengurusan institusi peladang dan memastikan pemakaian
peruntukan undang-undang dibuat sepenuhnya. |
|
Mengembangkan perjalanan institusi peladang terutamanya
pergerakan PP||K dengan meningkatkan penyertaan sepenuhnya
peladang-peladang di kawasan MADA. |
|
Membatalkan pendaftaran dan memproses kerja-kerja penutupan
SKATA yang tidak berdaya maju. |
CAWANGAN PERNIAGAAN TANI
|
Merancang dan menyelia aktiviti bagi meningkat
prestasi perniagaan PPK. |
|
Mempelbagaikan aktiviti perdagangan yang berasaskan pertanian
dan bukan pertanian bagi mencapai matlamat berdikari dan membentuk
PPK sebagai sebuah badan korporat. |
|
Menyelia dan mengawasi pembangunan dan pengurusan anakl-anak
syarikat PPK. |
|
Merancang dan menyelia perniagaan PPK dalam bentuk usahasama
anak-anak syarikat dan projek sub-kontrak. |
|
Merancang dan menyelia perniagaan PPK dalam bentuk usahasama
anak-anak syarikat dan projek sub-kontrak. |
|
Merancang dan menyelia urusan pelaburan dan pembelian harta
tetap PPK. |
CAWANGAN KAWALAN KEWANGAN INSTITUSI PELADANG
|
Perancangan, pembangunan dan pemantauan sistem
kewangan PPK. |
|
Penasihatan Kewangan dan Pengurusan Dana. |
|
Pengesanan dan Analisa Projek-Projek. |
|
Pengurusan Audit Siasatan. |
|
Menyelia dan mempastikan PPK mematuhi kehendak-kehendak
Statution dan Sistem. |
|
Merancang dan mengawasi perlaksanaan skim kredit dan simpanan
ahli PPK. |
|
Pengurusan kredit dan simpanan ahli. |
SEKSYEN PENYELIAAN DAN PERUNDANGAN PPK
|
Mengkaji dan meminda undang-undang yang diperlukan
oleh PPK. |
|
Memantau PPK mematuhi undang-undang dan peraturan PPK. |
|
Mesyuarat Agung Unit/Agung PPK/AJP. |
|
Mesyuarat Pengurusan PPK. |
|
Mesyuarat Ketua Unit PPK. |
|
Mengurus AJP lantikabn Menteri. |
|
Mengurus lantikan pegawai bagi perwakilan kuasa menyelia
mesyuarat PPK dan sebagai Pengerusi dan |Pen. Pemilihan Mesyuarat
Agung PPK. |
|
Pelarasan tindakan ke atas minit PPK. |
|
Kumpul data maklumat asas PPK. |
|
Permohonanuntuk labor/pinjam/jual/beli harta. |
|
Urusetia HPPKN Negeri/|Kebangsaan. |
|
Proses permohonan pembahagian keuntungan PPK. |
|
Proses usul mesyuarat Agung PPK. |
SEKSYEN KOPERASI ASAS TANI (KAT)
|
Penubuhan dan pendaftaran koperasi asastani. |
|
Penggabungan koperasi asastani. |
|
Pindaan kepada undang-undang kecil koperasi asastani. |
|
Selia mesyuarat Agung/Lembaga. |
|
Selia mesyuarat Agung/Lembaga. |
|
Pendaftaran/Pembubaran. |
|
Pertikaian. |
|
Audit/|Penutupan balik pinjaman/jual asset. |
|
Hapus asset/bahagi keuntungan/permohonan pelaburan. |
SEKSYEN PENGURUSAN SEKTOR HARTANAH & PERNIAGAAN PPK
|
Menumpu dan menggalakkan penglibatan PPK dalam
kerlibatan di sektor hartanah dan perladangan. |
|
Membantu PPK dalam urusan pengurusan, perundangan, jalinan
komunikasi dalam sektor hartanah dan perladangan. |
|
Melaksana proses pemantauan dan khidmat penasihat. |
|
Mengawasi pembangunan dan keterlibatan anak-anak syarikat
PPK dalam projek hartanah dan Perladangan. |
|
Menyelia urusan-urusan pelaburan dan kerjasama PPK dalam
anak syarikat dan syarikat lain dalam sektor hartanah dan
perladangan. |
|
Mengumpul laporan berkaitan pemasaran input Pertanian. |
|
Mengumpul laporan stok/belian dan pembekalan input pertanian
kawasan/PPK MADA. |
|
Menjalankan kajian analisis dalam membantu program pemasaran
input pertanian. |
|
Mempelbagai bentuk perniagaan dan usahawan pertanian. |
SEKSYEN PENYELIAAN & PENASIHAT KIRA-KIRA
|
Kemaskini tatacara akaun PPK. |
|
Kesan dan selaras akaun PPK. |
|
Pengawasan akaun berkomputer. |
|
Pelarasan urusan pengauditan. |
|
Semak dan periksa belanjawan tahunan PPK. |
|
Analisa perakaunan PPK mengikut ciri pengurusan & pematuhan
undang-undang. |
|
Pemeriksa belanjawan tahunan |
|
Semak prestasi belanjawan tahunan |
SEKSYEN URUSAN KREDIT/ SIMPANAN
|
Merangka peraturan dan pemberian kredit PPK. |
|
Mengesan dan menilai prestasi Akaun Akan Terima dan Akaun
Akan Bayar di semua PPK. |
|
Membuat kawalan dan penilaian ke atas tunai dan simpanan
PPK. |
|
Memberi cadangan dan nasihat terhadap pelaburan tunai/saham
PPK. |
|
Melaksanakan program kawalan kredit dan kutipan balik pinjaman. |
SEKSYEN KAWALAN & PEMANTAUAN
|
Aliran tunai PPK. |
|
Pengauditan PPK dan Teguran Audit. |
|
Kawalan pengurusan projek-projek yang dilaksanakan oleh
PPK. |
|
Pemantauan dan kawalan ke atas penggunaan tabung-tabung
dan kumpulan wang PPK. |
|
Kawalan dan pemantauan perjalanan anak syarikat. |
PIAGAM PELANGGAN
Cawangan Pemajuan Organisasi
Membekalkan perkhidmatan berkaitan perundangan mengikut Akta,
Peraturan dan perlembagaan dalam tempoh seperti berikut:-
|
Meluluskan permohonan pembahagian keuntungan
PPK dalam masa 2 minggu (14 hari) daripada tarikh penerimaan
surat permohonan. |
|
Meluluskan atau memanjangkan permohonan kepada Pendaftar
untuk melabur, membeli harta tetap dan membuat pinjaman luar
daripada PPK dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh penerimaan
surat permohonan. |
|
Mengambil tindakan di atas usul-usul PPK yang dipanjangkan
kepada wakil pendaftar dalam masa 14 hari selepas tarikh akhir
Mesyuarat Agung PPK (31 Julai). |
|
Memastikan mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK diadakan sebulan
sekali mengikut agenda yang telah ditetapkan. |
|
Memastikan semua mesyuarat dan pemilihan jawatan di PPK
diadakan dalam tempoh masa seperti ditetapkan oleh Pendaftar
dan peraturan Pertubuhan Peladang. |
Cawangan Perniagaantani
Memberikan perkhidmatan berkaitan Pengurusan Sektor Hartanah
dan Perniagaan PPK serta khidmat nasihat untuk kemajuan pertubuhan
Peladang di dalam bidang ekonomi seterusnya membaiki taraf hidup
Peladang di Kawasan MADA. Berdasarkan Komitment itu seksyen ini
akan memberikan perkhidmatan seperti berikut:-
|
Membuat Kutipan Data hartanah dalam masa 2 minggu
(14 hari) dari 27 buah pertubuhan Peladang di Kawasan MADA. |
|
Menyediakan Laporan berkaitan hartanah Dalam Masa 1 Minggu
(7 hari) dari tarikh penerimaan data. |
|
Mencetak Buku Lapuran hartanah dan mengedarkan dalam masa
1 minggu (7 hari). |
|
Membuat Kutipan Data Prestasi Perniagaan PPK setelah menerima
lapuran kewangan dari pihak PPK setiap bulan. |
|
Menyediakan Lapuran berkaitan prestasi Perniagaan PPK dalam
masa 1 minggu (7 hari). |
|
Mencetak Buku Lapuran Prestasi perniagaan dan mengedarkan
dalam masa 1 minggu (7 hari). |
|
Memastikan mesyuarat berkaitan Perniagaan PPK dijalankan
dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan setiap
bulan. |
|
Menganalisa harta tetap dan pinjaman luar dalam masa 1 minggu
(7 hari). |
Cawangan Kawalan Kewangan Institusi Peladang
|
Laporan penutupan akaun kewangan tahunan -
sebelum 15 Januari setiap tahun. |
|
Teguran-teguran audit – tidak melebihi 2 teguran setiap
PPK. |
|
Penghantaran laporan kewangan bulanan oleh PPK ke Ibu Pejabat
- sebelum 7 hb setiap bulan. |
|
Laporan prestasi kewangan PPK disiapkan. - 15 hb. setiap
bulan. |
|
Laporan prestasi kewangan PPK kepada pendaftar - 3 kali
setahun. |
|
Pemantauan tatacara perakaunan dipatuhi oleh PPK - 4 PPK
sebulan. |
|
Pemantauan buku wang tunai PPK – 4 PPK sebulan |
|
Pemantauan buku stok, daftar harta dan dokumen kewangan
- 4 PPK sebulan |
|
Pemantauan pengurusan kredit dan simpanan ahli
- 4 PPK sebulan. |