BAHAGIAN PERANCANGAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

LATAR BELAKANG


Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat merupakan satu daripada 9 bahagian yang terdapat di dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan perancangan, penyelarasan dan pemantauan program dan projek MADA, melaksanakan kajian-kajian serta pembangunan Teknologi Maklumat. Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA.

Bahagian ini terdiri daripada dua cawangan iaitu:
• Cawangan Perancangan
• Cawangan Teknologi Maklumat

VISI
Peneraju perancangan, penyelarasan dan pemantauan terbaik secara efektif serta agen Pembangunan Teknologi Maklumat.

MISI

Menerajui perancangan program dan projek untuk mencapai visi MADA.
Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek MADA.
Menilai pencapaian dan keberkesanan program dan projek MADA.
Membangun dan memajukan inovasi teknologi untuk golongan sasar.
Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi serta bukan padi.
Merancang pembangunan ICT, khidmat nasihat dan pemantauan sistem


OBJEKTIF

Memastikan projek dirancang dengan lebih tersusun dan praktikal.
Menjalankan kajian-kajian untuk menilai keberkesanan program
Mengenalpasti dan mentransformasi teknologi terkini kepada golongan sasar.
Memastikan pembangunan dan pelaksanaan ICT yang menyeluruh dan terkini.


FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN

Cawangan Perancangan
Menerajui perancangan projek-projek Rancangan Malaysia.
Menerajui pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia.
Menerajui pemantauan projek-projek Rancangan Malaysia.
Menyelaras maklumbalas/jawapan Parlimen, Dewan Negeri, Mesyuarat Post Kabinet, Mesyuarat Pengurusan, Kertas Kabinet, Nota Memorandum, Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain.
Membangun dan memajukan inovasi teknologi untuk golongan sasar.
Membentuk pangkalan data untuk perancangan dan pembangunan industri padi dan bukan padi.
Merancang, Menyelaras dan Memantau Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
Melaksanakan kajian sosio-ekonomi printis dan lain-lain kajian yang di arah dari masa ke masa.
Mewujudkan perhubungan dengan agensi luar dalam negeri dan antarabangsa untuk menyalur informasi bagi memajukan punca ekonomi yang boleh dikomersialkan.

Cawangan Teknologi Maklumat

Merancang dan melaksanakan pembangunan ICT untuk mewujudkan budaya berteknologi maklumat.
Menjalankan operasi dan penyenggaraan ICT dengan lancar.
Memberi khidmat nasihat teknikal serta menjalankan kajian kemungkinan (feasibility study) kemudahan ICT terkini.
Membangun, menyenggara, melaksana dan memantau operasi sistem aplikasi.
Membangun serta mengemaskini Pangkalan Data dan Laman Web (Homepage & Intranet).
Menyelaras dan memantau Aplikasi Projek Kerajaan Elektronik (EG).


Seksyen Pentadbiran Am

Mengurus urusan pentadbiran am, kewangan dan operasi bahagian.
Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif.
Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters.

PIAGAM PELANGGAN

Cawangan Perancangan.

Melaksana program-program yang bersesuaian bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat dalam Kawasan Muda.
Mengumpul, menyelaras dan menyediakan perangkaan dan data MADA yang tepat dan memenuhi kehendak pengguna dalaman dan luaran MADA.
Melaksanakan kajian secara tetap atau “ad-hoc” dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Menyediakan semua maklumbalas Minit Mesyuarat Post-Kabinet, Pengurusan Kementerian, Majlis Tindakan Negeri dan lain-lain kertas makluman dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Menyediakan draf jawapan soalan Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Menyedia dan mengemukakan laporan prestasi pembangunan di peringkat Kementerian dan Negeri 2 kali bagi setiap bulan.
Mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek pembangunan 1 kali bagi setiap bulan.
Mengumpul maklumat, menyedia dan menghantar Laporan Tahunan Jabatan sebelum 30 November setiap tahun.
Melaksanakan inovasi dan pemindahan teknologi yang terkini.
Menyediakan perancangan kajian yang terperinci dan menyeluruh.


Cawangan Teknologi Maklumat

Merancang dan melaksana pembangunan ICT seiring dengan teknologi semasa.
Menjalankan operasi sistem dan penyenggaraan ICT dengan kadar segera.
Memberi khidmat nasihat teknikal serta menjalankan kajian kemungkinan mengikut keperluan.


Seksyen Pentadbiran

Memproses baucer bayaran dalam tempoh 5 hari
Menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari
Sentiasa mengemaskini dan memantau pergerakan fail-fail
Sentiasa mengemaskini stok, harta modal dan inventori

 

   
Copyright © 2005. MADA. All Rights Reserved.