Kompos
Projek Pengeluaran Kompos Dalam Kawasan MADA
 Pihak MADA sedang merangka beberapa strategi melalui mempelbagaikan
aktiviti ekonomi bagi menambah pengeluaran hasil pertanian dan meningkatkan
pendapatan peladang. Pada masa kini, pihak MADA dengan kerjasama
Jabatan Pertanian dan MARDI telah mengenalpasti bahawa jerami padi
adalah berpotensi ditambah nilai bagi menghasilkan kompos atau baja
organik. Pendekatan ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan
peladang sesuai dengan keadaan setempat.
Projek memproses kompos mula diperkenalkan pada tahun 2000 kepada
peladang-peladang di kawasan PPK B-2, Sanglang. Kapasiti pengeluaran
kompos pada tahun 2005 adalah sebanyak 480 metrik tan.
 Di
antara objektif projek adalah untuk menambahkan pendapatan peladang
melalui pelbagai aktiviti hiliran melalui penghasilan kompos daripada
jerami padi. Ia juga bertujuan menghasilkan kompos sebagai salah
satu sumber penghasilan baja organik untuk pemulihan dan penyuburan
tanah sawah. Strategi pembangunan projek ini ialah bagi memajukan
Pusat Pengumpulan Jerami dan Tapak Penghasilan Kompos dan menggunakan
PPK B II, Sanglang sebagai pusat strategik yang lengkap dengan kemudahan
pengumpulan jerami dan menghasilkan kompos.
 Potensi penghasilan jerami padi adalah tinggi memandangkan tanaman
padi menghasilkan jerami pada kadar nisbah padi : jerami sebanyak
0.45 : 0.55. Berdasarkan nisbah ini jumlah jerami yang dihasilkan
bagi setiap hektar dengan mengambilkira purata hasil padi antara 4 hingga
5 tan sehektar adalah sebanyak 5 metrik tan. Berdasarkan perkiraan
ini jumlah jerami padi yang dapat diperolehi dari seluruh kawasan
MADA adalah sebanyak 482,790 metrik tan.
Walaupun jumlah jerami
yang terdapat di seluruh kawasan MADA adalah 482,790 metrik tan,
namun tidak semua jumlah tersebut dapat di kumpul atau dikutip disebabkan
hanya bahagian atas pokok padi sahaja yang di potong.
Pengumpulan
Jerami Padi Di MADA
| Bil. |
Pengumpulan Jerami Padi |
Kuatiti
Jerami Dikutip |
| Bandela |
Berat*
(tan) |
| 1 |
Di kawasan hasil tinggi
(per hektar) |
10.5 |
4.72 |
| 2 |
Di kawasan hasil rendah
(per hektar) |
7 |
3.15 |
| 3 |
Seluruh kawasan MADA |
670,542 |
301,744 |
| * Berat setiap bandela = 450 kg |
 Pengumpulan jerami padi bermula pada musim pertama aktiviti penuaian
padi bermula pada pertengahan bulan Ogos hingga pertengahan bulan
September, manakala bagi musim kedua pula, tanaman padi akan dituai
pada penghujung bulan Disember hingga akhir bulan Februari.
 Lazimnya,
pada bulan Ogos hingga September keadaan cuaca adalah basah berbanding
pada bulan Disember hingga Februari yang mana keadaanya adalah kering.
Keadaan ini menyebabkan proses pengumpulan jerami hanya dapat dibuat
sekali setahun iaitu ketika keadaan cuaca kering dengan kuantiti yang boleh dikumpul bagi seluruh kawasan MADA dianggarkan sebanyak 301,744 metrik tan.
Mesin pengutip atau Baler adalah mesin yang penting dan diperlukan
untuk mengumpulkan sebanyak 60 bandela atau 27 metrik tan jerami
padi sehari. Setiap bandela yang dihasilkan bersaiz 5 kaki tinggi
dan 5 kaki garis pusat dengan anggaran berat 450 kg. Dengan mengambil
kira tempoh kutipan yang sesuai selama 45 hari, jumlah jerami padi
yang mampu dikutip oleh satu unit Baler adalah sebanyak 1,215 metrik
tan setahun. Selain dari itu jerami yang paling sesuai disimpan
adalah jerami kering yang biasanya dikutip di antara jam 10.00 pagi
hingga 7.00 petang. |